Категории: Все - islam

по Daniel Atan 4 лет назад

378

BAB 1 Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Pada abad ke-9, pedagang Islam dari China memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam ke Asia Tenggara. Mereka berhijrah ke rantau ini akibat persengketaan di tanah air mereka, khususnya di Canton, di mana umat Islam menjadi sasaran konflik dan keganasan.

BAB 1 
Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

India

Faktor Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Cina

Subtopic
S.Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut : Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara. Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M. Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama. Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China
Penghijrahan akibat dari persengketaan. * Di negara China berlaku satu tragedi yang menimpa umat Islam di sana. Pada mulanya umat Islam di negara China sangat ramai sehingga ada antara mereka yang kaya dan juga sangat berpengaruh di Canton. Hal ini telah menyebabkan ramai penduduk tempatan yang tidak puas hati dan sanggup bermusuh dan membakar bandar Canton. Tragedi tersebut dapat dirasai sehingga ke Kepulauan Nusantara. Kedudukan orang Arab-Islam di Canton telah dianggap akan menggugat kedudukan ekonomi dan keselamatan orang cina. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan maka tercetusnya tragedi atau persengketaan antara penduduk China terhadap orang Arab-Islam. Tragedi atau pemberontakan pertama berlaku pada tahun 878 Masihi di Canton pada masa pemerintahan Hsi Tsung (878-879). Pada peristiwa tersebut telah mengorbankan kira-kira 100 000 asing yang kebanyakannya terdiri yang beragama Islam, Arab dan Parsi. Peristiwa ini telah di cetuskan oleh pemberontak Hwang Chao di CantonAda juga antara mereka yang menyelamatkan dan berhijrah ke Kalah iaitu nama lama bagi Kedah dan juga Palembang. Terjadi pula peristiwa pemberontakan yang berlaku di wilayah Yang Chow yang berlaku pada akhir pemerintahan dinasti Tang (618-905) yang diketuai oleh pasukan pemberontak Tien Sheng Kong. Peristiwa ini telah membawa kepada penghijrahan golongan yang terselamat terpaksa berhijrah ke tempat lain termasuklah Nusantara
Penemuan batu Nisan * Bagi mengukuhkan hujah mereka yang menerima teori ini, beberapa buah batu nesan yang terdapat di Nusantara menjadi bukti antaranya seperti berikut: 1)Batu nesan yang dikatakan sebagai Wali Allah berketurunan Arab bertarikh 419H bersamaan tahun 1028M yang terdapat di Pekan, Pahang. 2)Batu bersurat Terangganu bertarikh 702H bersamaan 1303M. Bukti pertama kerana terdapat ayat al-Quran dan bukti kedua pula mengandungi arahan tentang kewajipan ke atas orang Islam supaya mematuhi hukum Allah S.W.T. lebih-lebih lagi terdapat catatan dalam Dinasti Sung bahawa kedatangan Islam di Nusantara melalui sepanjang pantai laut China dan dibawa oleh pedagang Islam dari Tiongkok pada tahuan awal 977M. Laporan ini menjadi pegangan kuat S.Q Fatimi bagi membuktikan teori kedatangan Islam itu dari China selain daripada dua batu tersebut.

Arab

Contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah :

  1.  Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab
  2.  Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq , Maulana Abu Bakar , Maulana Iskah dan ramai lagi .
  3.  Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan .
  4. Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam 'syariah Islamiyyah' untuk mentadbir negara  


Contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah : > Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab > Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq , Maulana Abu Bakar , Maulana Iskah dan ramai lagi . > Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan . > Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam 'syariah Islamiyyah' untuk mentadbir negara

Contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah :

BAB 1 Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

MPU 3333

ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA

KUMPULAN L03

PENSYARAH: DR.HJ. AHMAD NASIR BIN MOHD YUSOFF


Nama Kumpulan: Konoha

Ahli Kumpulan:

Animisme

Unsur- unsur Animisme pada masyarakat di luar bandar * Masyarakat yang menetap di kawasan luar bandar yang lebih terdedah kepada amalan animistik seperti kaum Iban di Sarawak, kaum Kadazan-Dusun di Sabah yang menyembahn Kinoingan atau lebih dikenali sebagai semangat padi dan meraikan pesta Tadau Kaamtan pada setiap tahun. Mereka menganggap kepercayaan seperti animisma ini mendatangkan kesan baik kepada kawasan dan keluarga mereka.
Pandangan terhadap Animisme * Sejarah kedatangan islam ke tanah melayu telah membuktikan bahawasanya amalan khurafat seperti animistik dan politeistik masih ramai yang diamalkan oleh rakyat Malaysia seperti sebahagian besar orang asli yang dikenali sebagai dukun dan pawang yang mengamalkan ilmu hitam (makhluk halus dan jin).
Definisi Animisme * Animisma adalah merupakan kepercayaan kalangan manusia primitif pada zaman purba terdahulu kepada kepercayaan terhadap mahkhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama, seperti mempercayai setiap benda di muka bumi ini mempunyai semangat yang tertentu yang perlu dihormati sebagai contoh: matahari, batu, pokok yang besar dan sebagainya.

Dinamisme

Video 3
Video 2
Video 1
Unsur- unsur dinamisme dalam perubatan tradisional melayu di negeri Kelantan * Agama Islam sangat menekankan sekali terhadap aqidah karena aqidah merupakan pokok seluruh ajaran agama yang datang dari Tuhan. Ditegaskan pula bahawa agama yang tidak didasarkan aqidah tersebut dapat disebut sebagai agama bathil (bertolak) dan tidak mempunyai nilai. Islam menyangkal keras keingkaran (faham ateisme) dari orang yang tidak mengetahui Tuhan sebagai penciptanya, dan al-Qur‟an menyangkal pendirian orang-orang musyrik (yang berfaham politeisme), memuja TuhanTuhan lain selain Allah, juga menentang faham orang- orang yang tidak percaya kepada malaikat-malaikat, kitab-kitab suci dan hari kiamat.32 Allah SWT Berfirman dalam surah Ar-Ruum ayat 30 yang Aartinya berbunyi: Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, .33 Ayat ini memberikan pengertian bahwa manusia itu haruslah tetap pada fitrah Allah, sekali-kali jangan menyeleweng dari fitrah Allah itu, karena fitrah Allah tidaklah wajaruntuk dirubah dan diingkari.
Pandangan Islam terhadap Dinamisme * Unsur-unsur dinamisme yang menjadi tumpuan perbahasan dalam kajian ini ialah nilai kepercayaan yang melibatkan kuasa penyembuh yang diguna pakai oleh para pengamal perubatan tradisional Melayu dalam sistem perubatan yang diamalkan dalam konteks penggunaan bacaan, bahan-bahan, pancaindera, pantang larang, angka, bilangan, azimat dan sebagainya yang dianggap mempunyai kuasa menyembuhkan keuzuran atau penyakit. Kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur-unsur kepercayaan dinamisme, dan seterusnya menganalisis tahap kepercayaan terhadap amalan perubatan yang diamalkan oleh pengamal perubatan tradisional Melayu. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan kedudukan unsur dinamisme dengan menjadikan akidah Islam sebagai piawaian bagi menganalisis sama ada kewujudan unsur-unsur kepercayaan dinamisme dalam amalan perubatan tradisional Melayu ini boleh diterjemahkan sebagai amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam atau sebaliknya. Kajian ini berbentuk kualitatif, iaitu data kajian diperoleh melalui kaedah kajian kepustakaan dan dokumentasi mengenai perspektif akidah Islam terhadap kepercayaan dinamisme dalam kalangan pengamal perubatan tradisional Melayu.
Definisi Dinamisme * Dinamisme berasal dalam bahasa yunani iaitu dunamos yang artinya daya atau kekuatan. Kepercayaan dinamisme ialah kepercayaan yang meyakini bahawa adanya benda-benda di dunia yang baik, hidup ataupun mati yang mempunyai daya kekuatan yang ghaib atau dapat juga diertikan sebagai kepercayaan terhadap kekuatan ghaib yang terdapat pada benda-benda tertentu, misalnya terdapat pada batu besar, pohon, gua, gunung, azimat, senjata, benda pusaka, lambang kerajaan, dan gamelan. Benda-benda tersebut dipercaya boleh memberikan pengaruh yang baik dan juga pengaruh yang buruk bagi manusia. Contoh fahaman dinamisme seperti pemujaan terhadap batu besar, senjata, api atau pohon. Contoh lain adalah masyarakat Jepun yang menyembah matahari, mereka percaya bahawa mataharilah yang layak disembah karena kekuatan sinarnya dapat memancar ke seluruh dunia.