ETNIK INDIA
TULISAN
TAMIL
Skrip Tamil (atau vaṭṭeḻuttu "tulisan berbulat") ialah sejenis skrip Indic yang digunakan untuk menulis bahasa Tamil. Dengan penggunaan tanda diakritik khas untuk mewakili aspirasi dan konsonan bersuara yang tidak terdapat dalam skrip asas, skrip ini juga digunakan untuk menulis bahasa Saurashtra dan, oleh orang Tamil untuk menulis bahasa Sanskrit.
SINDHI
Sindhi merupakan salah satu anak cabang bahasa Indo-Arya yang mempunyai wilayah sebar tutur di provinsi Sindh, Pakistan dan India. Jumlah penutur bahasa Sindhi saat ini diperkirakan mencapai 20 juta orang di seluruh anak benua India.SejarahDaerah Sindh semenjak berabad-abad dikenal sebagai wilayah perlintasan berbagai pemukim dan penyerbu dari wilayah sekitarnya. Seperti penyerbu dari bangsa Arya, Yunani, Scitian, Arab, Turki, Persia dan sebagainya. Daerah ini pula yang mengembangkan peradaban tertua , seperti Mohenjo-Daro dan Harappa . Seperti halnya bahasa-bahasa Indo-Arya lainnya, bahasa Sindhi berkembang dari bahasa Sanskerta dan diperkaya dengan kosakata dari bahasa Arab, Persia, dan bahasa Dravida khususnya Bahasa Brahui.
HINDI
Hindi pada mulanya digunakan oleh kebanyakan penduduk India Utara atau Madhyadesa dan Hindavi atau Hindui adalah istilah yang umum dipakai pada masa itu. Ketika dialek Bakha mulai berkembang, India Utara menghadapi serangan dari utara, utamanya dari kesultanan Mughal dan permukimannya di India. Disinilah situasi mulai membingungkan, para penyerbu tersebut berbahasa ibu Turki, sedangkan untuk bahasa keagamaan adalah bahasa Arab, dan bahasa resmi pemerintahan serta kesusasteraan adalah bahasa Persia. Masyarakat Madhyadesa saat itu sudah mengembangkan bahasa Brajbhasa dan bahasa Awadhi, Dingal dan Maithili. Bahasa Khariboli yang tidak dipakai untuk transaksi resmi maupun kesenian, digunakan untuk skala komunikasi yang lebih luas. Status Khariboli sebagai bahasa resmi ditetapkan pertama kali di Golkunda (saat ini bernama Bijapur dan Hyderabad, Andhra Pradesh serta Karnataka) oleh para penguasa Muslim dan ulama di India Selatan menggunakannya untuk tujuan intelektual. Akhirnya muncullah istilah zaban-e Hind yang kemudian dinamai Dakhini.
PUNJABI
Bahasa Punjab atau Panjab adalah anak cabang bahasa Indo-Arya bagian barat yang dituturkan oleh kurang lebih 60 juta jiwa. Kata Punjab berasal dari kata Panj dan aab yang berarti lima sungai, karena daerah ini dilintasi oleh 5 sungai. Sungai-sungai tersebut antara lain Sungai Jhelum dan Sungai Indus. Daerah ini terkenal dengan kesuburannya sehingga kawasan ini sangatlah padat penduduk.Bahasa ini menjadi bahasa suci bagi umat Sikh, karena menjadi identitas yang membedakan mereka dengan Hindu maupun Muslim. Guru Nanak pada abad ke-16 menciptakan sistem penulisan khusus bagi kaum Sikh yang disebut Gurmukhi, yang berarti petuah guru, dan kitab suci kaum Sikh yakni Granth Sahib ditulis dalam huruf Gurmukhi. Huruf ini sebenarnya merupakan varian dari huruf Dewanagari yang disesuaikan dengan kondisi setempat. Namun, kaum Hindu Punjab menggunakan huruf Dewanagari, sedangkan Muslim menggunakan huruf Arab-Urdu yang sering disebut sebagai Shahmukhi atau huruf para raja.
PERMAINAN
KABADDI
Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang.
KHO-KHO
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
JALLIKATTU
Jallikattu ialah sukan tradisional di mana lembu jantan dilepaskan ke arah orang ramai. Jallikattu biasanya diamalkan di bahagian Tamil Nadu di negara India sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Thaiponggal di Hari Mattu Ponggal. Ramai orang akan cuba untuk merebut bonggol besar lembu jantan dengan kedua-dua tangan dan tergantung kepada ia manakala lembu jantan cuba untuk melarikan diri
ADAT RESAM
PERKAHWINAN
Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
1-Merisik
Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira.
2-Kunjungan Ke Rumah Pengantin
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.
3-Ikat Janji Atau Niccayam
Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.
4-Parisam
Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisamParisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakal Udan Parisa adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbu dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal ), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah.
5-Kad Jemputan
Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.
6-Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
Merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali.Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.
7-Mukuurtta Kaal
Dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.
8-Upacara Kanggenam Dan Perkahwinan
Menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin
9-Selepas Majlis Perkahwinan
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai. Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan.
KEMATIAN
Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.
Semasa Kematian
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
Upacara Menanggalkan Thaali
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia.
Upacara Vaaikkarisi
Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi.
Kollic Catti
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat.
Selepas Kematian
Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan seperti membersihkan rumah, mengumpul abu mayat dan berkabung.
MENGANDUNG
Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan.Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan.
Selepas Kelahiran
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil.
Mandi Selepas Bersalin
Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya.
Mendodoi Bayi
Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah.
Memberi Nama
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.
SENI PERTAHANAN DIRI
SILAMBAM
Silambam (Bahasa Tamil: சிலம்பம்) atau Silambattam (Bahasa Tamil: சிலம்பாட்டம்) atau Chilambam, merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji masa kini Kerala, 5,000 tahun dahulu, di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri mereka dari haiwan buas.
KALARIPAYATTU
Kalaripayattu adalah seni bela diri yang berasal dari wilayah India Selatan, tepatnya Kerala, yang diperkirakan sebagai salah satu yang tertua di dunia. jurus-jurus Kalaripayattu merupakan tiruan dari gerakan haiwan. Singa, harimau, gajah, ular, buaya, dan babi hutan.
GATKA
Gatka (Punjabi: ਗਤਕਾ Urdu: گٹکا gatkā) adalah nama seni mempertahankan diri India yang dikaitkan dengan Sikh di wilayah Punjab, dan dengan suku Tanoli (Pathan Tribe) dan masyarakat Gujjar yang tinggal di kawasan pergunungan Pakistan utara yang mengamalkan varian awal seni mempertahankan diri. Ia adalah gaya pertempuran kayu, dengan tongkat kayu yang bertujuan mensimulasikan pedang. Nama Punjabi gatka dengan betul merujuk kepada kayu kayu yang digunakan. Perkataan itu berasal dari bahasa Sansekerta gada "mace".
KEPERCAYAAN
DHARMA
Dalam agama Hindu, Dharma menandakan tingkah laku yang dianggap sesuai dengan agama Veda, perintah yang menjadikan kehidupan dan alam semesta mungkin, dan termasuk tugas, hak, undang-undang, kelakuan, kebajikan dan "cara hidup yang benar". Dalam agama Buddha, dharma bermaksud "hukum dan perintah kosmik", dan juga diterapkan pada ajaran Buddha.
ARTHA
Artha terpakai kepada individu dan kerajaan. Dalam konteks individu, artha termasuk kekayaan, kerjaya, aktiviti untuk membuat hidup, keselamatan kewangan dan kemakmuran ekonomi. Artha dianggap sebagai tujuan penting kehidupan manusia dalam agama Hindu. Di peringkat kerajaan, Artha termasuk urusan sosial, undang-undang, ekonomi dan duniawi. Arthashastra yang betul dianggap sebagai objektif dan penting kerajaan.Dalam tradisi Hindu, Artha dihubungkan dengan ketiga aspek dan tujuan kehidupan manusia: Dharma (kebajikan, kebajikan, kehidupan moral), Kama (keseronokan, keghairahan, pemenuhan emosi) dan Moksha (pembebasan, pelepasan, realisasi diri). Bersama-sama, empat tujuan hidup yang tidak eksklusif ini dipanggil Puruṣārtha.
KAMA
Kama (Sanskrit, Pali; Devanagari: काम) bermaksud "keinginan, keinginan, kerinduan" dalam kesusasteraan Hindu dan Buddha. Kama sering membayangkan keinginan seksual dan kerinduan dalam kesusasteraan kontemporari, tetapi konsep yang lebih luas merujuk kepada keinginan, hasrat, keghairahan, kerinduan, keseronokan deria, keinginan, keinginan dan keinginan, keindahan estetik kehidupan, kasih sayang, atau cinta , kenikmatan cinta terutama dengan atau tanpa kesenangan seksual, sensual dan keinginan erotik, dan mungkin tanpa konotasi seksual.Dalam agama Hindu, Kama dianggap sebagai salah satu dari empat matlamat hidup manusia yang benar dan perlu (purusharthas), yang lain adalah Dharma (kebajikan, kebajikan, kehidupan moral), Artha (kemakmuran materi, keselamatan pendapatan, cara hidup) dan Moksha ( pembebasan, pembebasan, realisasi diri).
MOKSA
Moksha (/ moʊkʃə /; Sanskrit: मोक्ष, mokṣa), juga dikenali sebagai vimoksha, vimukti dan mukti, adalah istilah dalam agama Hindu, Buddhisme, Jainisme dan Sikhisme yang merujuk kepada pelbagai bentuk pembebasan, pencerahan, pembebasan, dan pembebasan. Dalam indera soteriologi dan eskatologisnya, ia merujuk kepada kebebasan dari saṃsāra, kitaran kematian dan kelahiran semula. Dalam indeks epistemologi dan psikologi, moksha merujuk kepada kebebasan dari kejahilan: pencapaian diri, realisasi diri dan pengetahuan diri.
PAKAIAN
DHOTI
Dhotī atau Doti ialah pakaian tradisi untuk kaum lelaki di India. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu. Dhoti juga dipakai oleh lelaki India semasa perkahwinan dan juga semasa hari perayaan. Semasa perkahwinan lelaki India mengenakan "pattu veshti" iaitu, pakaian yang berwarna kuning susu.
SARI
Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India.[1] Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlingkungan dari empat ke sembilan meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan satu hujung menabir ke atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang.
KURTA
Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen
SALWAR KAMEEZ
Salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
BAHASA
TAMIL
Tamil (தமிழ் tamiḻ) merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain. Setakat tahun 1996, bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang.Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama Masihi.Nama 'Tamil' bersempena bentuk "pembaratan" bagi nama asal தமிழ் (/t̪ɐmɨɻ/). Huruf terakhir nama tersebut, yang lazimnya ditranskripsi sebagai huruf kecil l atau zh, merupakan l yang dihasilkan apabila menggulungkan lidah ke belakang. Dalam transkripsi fonetik, huruf ini biasanya dilambangkan dengan simbol penggeseran gelungan.
TELUGU
Telugu (తెలుగు) tergolong dalam keluarga bahasa Dravidian dan adalah bahasa rasmi di negeri Andhra Pradesh, India. Ia adalah bahasa Dravidian dengan nombor penutur yang terbesar di dunia,dan bahasa kedua terbesar yang dituturi di India selepas Hindi dan satu daripada 24 bahasa rasmi kebangsaan di India. Orang Inggeris abad ke-19 memanggil ia Itali Timur laksana semua perkataan dalam Telugu diakhiri dengan bunyi vokal, tetapi ia dipercayai yang penjelajah Portugis Niccolò Da Conti datang dengan formulasi itu pada abad ke-15. Diluar india bahasa Telugu dituturkan oleh kaum india berketurunan Telugu di Fiji,United Kingdom,Amerika Syarikat,Malaysia dan Afrika Selatan
MAKANAN
MURUKU
Muruku (Tamil: முறுக்கு, murukku; Malayalam: മുറുക്ക്) ialah sejenis makanan dari subbenua India yang terkenal di kawasan India Selatan serta Sri Lanka. Perkataan muruku berasal dari perkataan bahasa Tamil yang bererti "berpusar", merujuk kepada bentuk makanan tersebut. Makanan ini masyhur dalam kalangan penduduk Tamil Nadu, Kerala dan Andhra Pradesh dan dikira sebagai salah satu makanan unggul dalam masyarakat Tamil. Selain itu, makanan ini juga terkenal di kawasan dengan jumlah penduduk Tamil yang banyak seperti Malaysia, Singapura dan Fiji.
TOSAI
Thosai atau tosai (daripada bahasa Tamil: தோசை dōsai, dikenali di beberapa kawasan di India sebagai dosa) ialah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat dengan menggunakan adunan yang ditapai beberapa lama.Thosai merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah negeri di India, thosai merupakan makanan ruji penduduk tempatan. Lazimnya, thosai dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan); sebagai contoh kuah dal, kari ayam atau kari ikan, serta cutni iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta perencah rempah dan cili.Thosai adalah sejenis serabai yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Ianya diperbuat daripada beras dan kacang dal hitam (urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus untuk menambahkan rasa. Thosai adalah makanan yang juga dikenali dan boleh didapati di negara-negara lain seperti Malaysia, Sri Lanka, Singapura, dan Myanmar.
VADAI
Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Masala Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.
IDLI
Idli (Kannada: ಇಡ್ಲಿ, Tamil: இட்லி, Telugu: ఇడ్లి, Malayalam: ഇഡ്ലി) antara perumian yang lain adalah idly atau iddly, idlis (kata jamak), merupakan makanan masyarakat selatan India ketika sarapan. Ia juga dipanggil kuih beras kukus dikalangan orang Melayu di Malaysia. Bentuk fizikal seperti kek kecil yang tidak tebal, ia tidak manis dan ia bukan kuih putu piring, walaupun menggunakan beras sebagai bahan asas. Kuih ini sangat popular di serata selatan India, termasuk Karnataka, Tamil Nadu, Pondicherry, Kerala, Andhra Pradesh dan Sri Lanka. Kuih ini juga boleh didapati di restoran-restoran India di Malaysia dan Singapura, kerana susur galur orang India di negara ini adalah kebanyakkan datang dari India Selatan.Saiz kuih ini dalam ukuran dua ke tiga inci diameter. Bahan untuk membuat kuih ini dari bater campuran kacang dal hitam yang ditapai dan beras, kemudian ia dikukus. Proses penapaian ini membenarkan pemecahan kanji supaya ia boleh dimetabolismakan oleh badan. Kuih ini dihidang bersama chutney dan sambal sebagai bahan pencecah atau perasa.
BERIANI
Beriani (disebut [bɪr.jaːniː]) merupakan hidangan nasi campur dari Benua Kecil India. Ia dibuat dengan rempah-ratus, beras dan daging atau sayur-sayuran.Asal beriani tidak pasti. Di Utara India, ia secara tradisinya dikaitkan dengan masakan Mughlai dan di India Selatan, ia secara tradisinya dikaitkan dengan masakan Hyderabad .Masakan ini merupakan salah satu pengaruh utama Tamadun Islam di India.
SENI BINA
TAJ MAHAL
Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.Pada tahun 1631, Shah Jahan menjadi Maharaja Dinasti Mughal setelah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631. Ketika itu, Shah Jahan dalam kepentingan meluaskan tanah jajahannya."Shah Jahan di atas glob" dari Institusi Smithsonian.Gambaran artis Mumtaz MahalPada tahun 1631, Shah Jahan, maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila isteri ketiganya, Mumtaz Mahal, meninggal semasa melahirkan anak keempat belas mereka, Gauhara Begum.[3] Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya.[4] Pengarang istana mengenai kesedihan Shah Jahan menggambarkan cerita cinta yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal.[5][6] Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya.
KUIL AKSHARDHAM
Akshardham (Gujarati: સ્વામિનારાયણ અક્ષરધામ, Devnagari: स्वामिनारायण अक्षरधाम) ialah kompleks kuil Hindu di Delhi, India. [1] Juga dikenali sebagai Delhi Akshardham atau Swaminarayan Akshardham, kompleks ini menempatkan pelbagai budaya seni bina, rohani, tradisional India dan Hindu. Pembinaannya diilhamkan dan dibangunkan oleh Pramukh Swami Maharaj, kepala rohani Bochasanwasi Shri Akshar Purushottam Swaminarayan Sanstha, bersama dengan 3,000 sukarelawan dibantu oleh 7,000 artis pembinaan Akshardham.
Dravidian
Seni bina Dravidian adalah ungkapan seni bina dalam seni bina kuil Hindu yang muncul di bahagian selatan benua India atau India Selatan, mencapai bentuk terakhirnya pada abad keenam belas. Ia terdiri terutamanya dari kuil-kuil Hindu di mana ciri mendominasi adalah gopura atau gerbang tinggi; kuil besar mempunyai beberapa. Disebut sebagai salah satu daripada tiga gaya bangunan kuil di buku purba Vastu shastra, sebahagian besar struktur yang ada terletak di wilayah India Selatan di Andhra Pradesh, Karnataka, Kerala, Tamil Nadu dan Telangana . Berbagai kerajaan dan kerajaan seperti Chola, Chera, Kakatiya, Pandya, Pallavas, Ganga, Kadamba, Rashtrakutas, Chalukyas, Hoysalas, dan Empayar Vijayanagara antara lain telah memberikan sumbangan besar kepada evolusi Dravidian seni bina.
KESENIAN
ALAT MUSIK
TANPURA
NAMA:Tanpura/Tambura dikategorikan sebagai alat Membranofon.DIPERBUAT:Badannya berbentuk separuh bulat yang diperbuat daripadakayu nangka dipanggil sebagai Kudam.Sebatang leher yang panjang yang dipanggil sebagai Dandi disambungkan kepada Kudam.FUNGSI:Tambura selalunya dimainkan di dalam persembahan.
SITAR
NAMA:Sitar adalah sejenis alat muzik dalam kategori Membranofon.Ia merupakan sejenis lute yang berleher panjang dengan tujuh tali logam diregangkan di atas sebuah jambatan yang panjang.DIPERBUAT:Dasarnya diperbuat daripada sebiji kulit labu keras yang berfungsi sebagai kotak bunyi.Satu set tali-tali halus yang ditala kepada mod raga yang dimainkan bertindak sebagai penggetar bagi menambahkan bunyi gema alat tersebut.FUNGSI:Sitar memainkan peranan yang sangat penting di dalam Muzik Hindustan.
TABLA
NAMA:Tabla dan Baya dikategorikan dalam kumpulan Membranofon.DIPERBUAT:Tabla ialah Gendang trebel yang diletakkan di sebelah kanan pemain yang diperbuat daripada beberapa lapisan kayu.Manakala Baya pula adalah gendang bes yang diletakkan di bahagian kiri pemain.Muka kedua-dua Gendang ini ditutupi dengan kulit kambing.FUNGSI: Tabla dan Baya bukan sahaja dimainkan di dalam Muzik Karnatik dan Hindustan di Malaysia,malah ia juga digunakan untuk mengiringi muzik muzik sinkretik seperti ghazal dan dangdut.
TARIAN
BHARATA NATYAM
Bharatanatyam [Pada asalnya dikenali sebagai sadhiraattam (Tamil: சதிராட்டம்)], adalah bentuk utama tarian klasik India yang berasal dari negeri Tamil Nadu Ia adalah salah satu daripada lapan bentuk tarian yang diiktiraf oleh Sangeet Natak Akademi dan ia menyatakan tema keagamaan India Selatan dan gagasan rohani, khususnya Shaivism, Vaishnavism dan Shaktism.Yayasan teori teoritis Bharatanatyam kepada teks Sanskrit purba oleh Bharata Muni, Natya Shastra. Kewujudannya pada abad ke-2 dicatatkan dalam epik silap purba Silappatikaram, sementara patung-patung bait abad ke-6 hingga abad ke-9 mengisyaratkan ia adalah seni persembahan yang baik pada pertengahan abad ke-1. Bharatanatyam adalah tradisi tarian klasik tertua di India
PERAYAAN
DEEPAVALLI
Perayaan Deepavali menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.Perkataan Tamil "Deepavali" merupakan kombinasi dua perkataan. "Deepam" membawa maksud "Cahaya" atau "Lampu" manakala "Vali" bermaksud "Arah" atau "Jalan". Maksud kasarnya menggambarkan perjalanan menuju ke arah cahaya.Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil. Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang disediakan khas untuk Deepavali serta mengunjungi rumak sanak-saudara dan rakan-rakan. Pada waktu malam, barisan lampu dinyalakan dan bunga api serta mercun memeriahkan lagi sambutan
THAI PONGAL
Hari Thaiponggal (Bahasa Tamil: தைப்பொங்கல்) merupakan perayaan semasa musim menuai yang diraikan secara meluas oleh masyarakat etnik Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka, Malaysia, Singapura, South Africa, USA, United Kingdom, France, Seychelles, Australia, Kanada dan di tempat yang mempunyai ramai etnik Tamil. Ponggal juga dikenali sebagai Makara Sankranthi yang disambut diseluruh India. Pongal dalam bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Susu lembu yang melimpah apabila dipanaskan dalam periuk belanga tanah liat melambangkan kekayaan yang melimpah ruah. Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari (Suryabagawan) dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.
THAIPUSAM
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar[1] dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.[2] Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
WESAK
Hari Wesak (Tulisan Jawi: هاري ويسک) merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, Waisak di Indonesia, dan Wesak di Sri Lanka.Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras" iaitu sebuah kitab suci bagi penganut agama Buddha di seluruh dunia.Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Budha di seluruh dunia.