PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU DALAM PELBAGAI BIDANG

BIDANG SAINS TEKNOLOGI

Kegemilangan sains & teknologi yang dicapai oleh orang Melayu sangat unik kerana ia mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan yang ada pada orang-orang Melayu.

Dalam bidang teknologi alam bina juga, orang-orang Melayu tidak ketinggalan, di mana kemahiran ini dapat dilihat dalam pembinaan rumah dan masjid, contohnya Rumah Kutai, rumah panjang, kubah dan juga masjid Kampong Laut, yang mempunyai keunikan yang tersendiri.

Antara contoh kemajuan sains dan teknologi yang diwarisi dari orang Melayu dahulu ialah dalam bidang pertanian seperti teknologi pembajakan dan juga sistem saliran air yang digunakan dalam proses pengairan pertanian seperti penanaman padi dan sebagainya.

BIDANG PERSURATAN

PERSURATAN SEBELUM ISLAM

PERSURATAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

BIDANG KESENIAN

Kehidupan orang Melayu sangat dipengaruhi oleh kesenian yang bersumberkan alam semula jadi, sama ada dari segi hubungan masyarakat Melayu dengan manusia lain dan juga hubungan manusia dengan kepercayaan dan agama mereka.

Perkembangan tamadun Melayu dapat dilihat melalui manifestasi kesenian orang Melayu. Kesenian halus yang dihasilkan oleh orang Melayu memainkan peranan penting dalam melengkapkan kehidupan orang Melayu yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun.